Thursday 26 December 2013

PUISI 2013: The best of stories- Pearls from Surah Yusuf oleh Ustaz Zahazan




Assalamualaikum,

Alhamdulillah atas segala nikmat yg Allah kurniakan. teringat kata2 Ustaz Zahazan setiap ujian yg berlaku adalah sebenarnye tanda kasih sayang Allah kat hambaNya, sebagai penghapusan dosa.

Sekadar sedikit perkongsian PUSI yg berlaku 21-24 Disember 2013 kat Killarney, Ireland utk kte ambil pengajaran dan ibrah dari Surah Yusuf supaya dpt diamalkan. sebelum kte p jauh2, molek la rsenye kte belajar dlu Asababun Nuzul surah Yusuf supaya kte dpt amek feel lebih.


Barisan fasi dan ahli modul yg gigih menyumbang

Surah Yusuf merupakan surah Makiyyah, diturunkan oleh Allah sebagai utk   menggembirakan hati Nabi Muhammad SAW yang pada ketika itu baru sahaja menghadapi dua ujian hebat iaitu kewafatan Sayyidatina Khadijah r.a dan Abu Talib serta menghadapi ujian terbesar semasa dakwah baginda di Taif. 

Para ulama' menafsirkan keistimewaan surah yusuf:

¤  Atha’: “Tidaklah bagi seseorang yang sedang bersedih itu mendengar surah Yusuf melainkan dia akan merasa  tenang terhadapya.”

¤  Khalid bin Ma'dan:  “Surah Yusuf adalah surah yang bakal menghiburkan penghuni syurga di dalam syurga nanti.”

Konflik & Penyelesaian
konflik berlaku disebabkan perbezaan pendapat utk memperolehi sesuatu drp sumber yg xcukup, menewaskan musuh. Dlm surah Yusuf, pelbagai konflik berlaku seperti konflik dalaman Nabi Yusuf utk merahsiakan kelebihannya menafsirkan mimpi drp abg2nya, konflik kuasa dan perbezaan pendapat antara abg2 Nabi Yusuf, konflik hukuman oleh Nabi Yaakub ke atas anak2nya yg mengadakan konspirasi ke atas Nabi Yusuf etc. one after another dan segala konflik dpt diatasi dgn baik dgn adenye iman yg sahih dan benar kpd Allah:                                
               i.            Sabar 
Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf. Dan (pada saat itu) berkatalah Yusuf: "Wahai ayahku! Inilah dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. Dan sesungguhnya Ia telah melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Ia mengeluarkan daku dari penjara; dan Ia membawa kamu ke mari dari dosa sesudah Syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbirNya bagi apa yang dikehendakiNya; sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

                             ii.            Redha
                            iii.            Ikhtiar
                            iv.            Istiqamah:
                             v.            Doa:     
                          vi.           Taubat

Pembinaan Personaliti
Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
Ilmu itu tidak diwarisi tapi perlu dipelajari. kte amek contoh Sheikh Yusuf Qardawi yg membaca buku 10-18 jam sehari. Kte perlu seimbangkan ilmu dunia dan akhirat agar pembentukan diri itu syumul. 



 "Bila kamu berhenti membaca, kamu berhenti menjadi pemimpin"- quoted. (ouch)

 2 ciri utama dlm pembinaan personaliti :
  1. Iffah  ((   عفة  
Afif- Daya dalaman yang kuat untuk menolak ajakan syahwat. 
'Abdullah bin Mas'ud (May Allah be pleased with him) reported: The Prophet (PBUH) used to supplicate: 

"O Allah! I beseech You for guidance, piety, chastity and contentment."

[Muslim].

















      ii.            Taqwa ((   تقوى  

Kekuatan dalaman yang mantap untuk memelihara diri. Dalam kisah ini, Nabi Yusuf a.s telah menghindari fitnah yang menimpa diri baginda dengan memilih penjara sebagai tempat ‘uzlah sementara’. Baginda yakin dengan memilih taqwa dan lari dari konspirasi jahat manusia, baginda dapat memelihara maruah diri dan peribadi.
Kematangan personaliti: Muhsin, Hafiz. Alim, Soleh, Zahid, Mukhlis-ikhlas

In shaa Allah akn disambung pengisian2 seterusnya. =)



No comments:

Post a Comment