persepsi sesetengah masyarakat muslim tentang dakwah:
"aku x layak bg dakwah ni, ilmu x seberapa lg"
"alaa...mesti la dia tau punye..basic kot."
"alaa...mesti la dia tau punye..basic kot."
"hmm..nanti ade owg lain bgtau kot kt dia"
"spe la aku nk tegur owg, dri sendri pn x bgs lg, ni nk tegur owg plak.."
dakwah? apekah maksud dakwah? spe yg sebenarnye layak berdakwah? apakah kepentingan dakwah?
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"-surah Fussilat:33
tambahan pula, sunnah terbesar Rasulullah SAW ialah dakwah.:
Terjemahan: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."
jadi, sudah terang lagi bersuluh yang berdakwah ialah kewajipan setiap muslim. dakwah sememangnya mempunyai konteks yg besar bkn hanya setakat bg tazkirah, ceramah agama, tapi more than that..its simpler!ajk solat jemaah, ajk pegi majlis ilmu, tlg member phm certain topik, explain kt housemate non-muslim about islam dan mcm2 lg. tinggal nk wt ke x je kn? jadi meh la kte sme2 berpesan2 kepada kebenaran dgn sabar. and at the same time walk the talk. sebab Allah berfirman dalam surah As-Saf:
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
jadi, ape tunggu lagi? jom kte target sampaikan sesuatu yg bermanfaat everyday. and at the same time kne jgk la tambah ilmu, belajar n tros belajar from owg yg tahu, bace bku2 agama etc so that ape yg kte sampaikan tu bkn kosong semata-mata tp ilmu yg bermanfaat InsyaAllah. dan semuanya berbalik kepada niat utk mendekatkan diri kepada Allah berlandaskan Quran dan sunnah.
P/S: jom activate dri dan activate owg lain jgk! transform!! =))
P/S: jom activate dri dan activate owg lain jgk! transform!! =))
No comments:
Post a Comment