Tuesday 3 July 2012

Abangku bertunang, dan cerita tauhid. =)


Alhamdulillah,

 semalam telah berlangsungnya majlis pertunangan abgku, Mus n Sha pada tanggal 1 Julai 2012 di umah Sha, kat PD. Cukup sederhana dan dilimpahi barakah dengan doa selamat, serta meriah tatkala abahku dan pak long kak sha memeterai ikatan pertungan tersebut..ecece..rupe-rupenye abah n pak long shat uh are friends sejak sek, sme2 minum kt kedai sume.hehe.smpt jgk la merakam moment tersebut.

Seperti biasa, persiapannya pun bole tahan meriah terutamanya dari pihak perempuan, dengan dibalas 7 dulang dengan 5 dulang dari pihak lelaki khas hasil sentuhan seni mama dan rakannya..dan dari pihak lelaki pula sebelum tu mama smpt berhempas pulas menjamu sedara-mara mkn pg dlu sebelum p konvoi PD.menu? soto, pulut durian, kek2, kuih talam, roti jala etc.sdp!hehe. =)

sebagai ank perempuan tunggal dlm family, saya tumpang gembira dan excited jgk nk dpt bakal kakak ipar ni..hehe..(padahal baru bertunang je, xpe. semoga berbahagia hingga ke syurga Mus n Kak Sha.

dan td bru saje berguru dgn abah cte2 pasal tauhid dan tadabur surah Al-Fatihah. seronok ble dengar, faham dan dpt relate dgn kehidupan kte n alam ni. apabila sebenarnya wujud kte ni hanya dengan gerak dan belas kasihan Allah. dan dalam ketuhanan ada kehambaan. dan dalam kehambaan ada ketuhanan. di dalam ada itu tiada. Di dalam buruk itu ada baiknya. dan sebenarnya penciptaan dua unsur positif dan negatif itu sebenarnya jua adalah dari gerak Allah yang Maha Berkuasa.untuk menguji hamba-hambaNya.

Betapa kte ni sebenarnya tiada kuasa untuk melihat,
Betapa kte ni sebenarnya tiada kuasa untuk berkata-kata
Betapa kte ni sebenarnya tiada kuasa untuk bernafas
Betapa kte ni sebenarnya tiada kuasa untuk bergerak
Betapa kte ni sebenarnya tiada kuasa untuk berjalan
Betapa kte ni sebenarnya tiada kuasa untuk makan dan segala-galanya
Kita ibarat patung yang tiada daya dan upaya (La Hawla Quwwata Illa Billah)

Dengar, patuh dan taatlah pada perintah Allah. Rajinkan diri baca Al-Fatihah dalam setiap urusanmu.pesan abah lagi jangan pernah merasa diri kte ni serba cukup kelak akan binasa. tetapi jadilah seperti gelas kosong, yang tiada apa-apa, sentiasa ingin di isi dan di isi dengan ilmu, amal , ingatan yang telus pada Allah dengan penuh kehambaan dan kebergantungan.

96:7 :Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,
96:8 :karena dia melihat dirinya serba cukup.

Satu doa yg menusuk jiwa from abah - Ya Allah, kami tiada daya upaya untuk mengingatiMu, maka bantulah kami untuk mengingatiMu. Amin.

P/S: esk jmpe Dr. Ting cek gigi berlapis tu..harap dipermudahkan InsyaAllah..

2 comments:

  1. bertunang, next in line: latifah..! :D heheh

    ReplyDelete
  2. laaaaaaaaaaaaaaa orang pd ke... congrats nak dpt kakak ipar daa :D

    ReplyDelete