Friday, 16 August 2013

Nenek tercinta.=')

Assalamualaikum,


Hati kurang sedap ptg tu walaupun esoknya nak pegi Sungai Petani. keseronokan nk p kenduri kawen cousin hilang entah ke mana. esok tu, kami pegi jgk ke sungai petani, (abah, mama, ainul dan diri sndri). singgah 3 tempat R&R (Seremban, Tapah, Sungai Perak) dan Alhamdulillah, tiba dgn selamat di hotel pkul 4 ptg. sempat baring sebentar sebelum nk pegi carik makanan.

mse tu, abah ckp nenek dlm keadaan kritikal. Allahu.. sebak dada. kalaulah ku tahu keadaan nenek sebegitu, tidaklah aku ajak abah mama ke sg. petani. keadaan cepat sgt berubah. minggu lepas mse raya nenek kelihatan seperti biasa, nmpk sedikit pulih tp nenek masih uzur dan hanya terbaring. hanya mampu minum susu dari nasogastric tiub. keadaan nenek seolah2 seperti bayi semula.

Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? [Surah Yassin:68]

mse raya haritu sebelum nk balik seremban, seperti biasa kami akan melawat nenek terlebih dahulu. smpt mintak nenek doakan utk cucu dia ni. sambil diri berkata" nopah sentiasa doakan nenek". saat tu air mata tak tertahan lagi. bercucuran seperti juga nenek. tak ku sangka itulah kali terakhir ku berjumpa nenek.

pukul 6.30 petang, mak lang mesej abah " Mak da nazak". Allahu..terkejut, sebak. hanya doa dan zikir yg xputus2 kami kirimkan utk nenek saat tu dan sepanjang perjalanan dari sungai petani ke melaka. perjalanan terus tanpa henti kecuali utk isi minyak dan alas perut ckt agk meletihkan bg kami semua. Bayangkan dari pagi ke pagi esok tu terus menerus. mama kerisauan melihat abah yg tetap gagah membawa kereta tanpa tukar dgn ainul di sisinya. "Alhamdulillah, harini tak letih dan abah dpt kekuatan bwk kereta".

pangggilan telefon setiap sejam dari mak lang, mak teh agak mencemaskan dgn setiap pertanyaan kat mana. tatkala di Machap Baru, pak itam call " kat mana? cepat ckt." abah kelihatan letih saat itu namun tetap cuba gagahkan diri meneruskan perjalanan ke selandar.

"Mak, xpe la, xpayah tunggu Enal. kalau mak nk pegi dlu xpe. Enal da nk smpai da tu" mak lang berbisik kat nenek.

3 minit kemudian,kami smpai dgn selamat dan pertolongan dari Allah pkul 4.05 pagi namun nenekku, Hajjah Meriam bt Hawa sudahpun pulang ke rahmatullah. pulang ke PenciptaNya.


Inna Lillahi wa inna ilayhi Raji un
Truly, to Allah we belong and truly, to Him we shall return.
[Noble Quran 2:156]
 Titisan air mata bercucuran seperti tidak ku percaya. mak ngah suruh ku cek nenek. lantas aku ambil stetoskop Emi dan cek pulse nenek , radial pulse, carotid pulse dan juga heartbeat. namun, apatah daya tiada dpt ku dengar ape2. hospital attendan kemudian mengesahkan kematian nenek apabila tiada respon semasa dia cek pupil constriction nenek dgn suluhan cahaya di mata nenek.

Pagi tu, badan terlalu letih dan hanya mampu tidur 2 jam. pagi2 tu , adik beradik nenek sume dtg tlg siapkan kain kapan nenek n uruskan hal2 pengkebumian nenek. pagi tu juga, hujan turun dgn lebat sekejap. Alhamdulillah, mama, Nek Cik, Nek Su, menantu nenek dan cucu2 nenek termasuklah diri sndri dpt mandikan jenazah nenek yg sgt bersih dan lembut. Penuh rumah mak lang dgn saudara mara, kawan2 nenek sehingga ke halaman rumah. 

kemudian, jenazah nenek disolatkan dan dikebumikan bersebelahan dgn kubur arwah atuk. Bacaan doa dan tahlil di kubur nenek dan di kampung juga dilakukan. bertemu semula dgn saudara mara dpt serba serbi menyembuhkan hati yg lara. sebak setiap kali uztaz berdoa dan mengingatkan perihal mati; setiap yg bernyawa pasti akan mati. 

Smoga roh nenek dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yg beriman. Amin. Al-fatihah,.

"2 peristiwa besar yg berlaku mse cuti nopah; mus kawen dan nenek meninggal" abah. 
"rezeki nopah dpt tgk nenek sebelum balik ireland" mak ngah.
"nenek meninggal seminggu lepas raya, arwah atuk meninggal seminggu sebelum raya, macam date plak" mak itam.

p/s: seminggu lagi sebelum blk ireland. hati perlu kuat. tak usah kita bandingkan diri dgn orng yg lebih dari kita tp sentiasalah bandingkan dgn org yg lagi susah. teruskan berdoa utk saudara kte di Mesir. 2500+ org telah syahid di Mesir. 

dulu, mak teh, busu, pak cik Hisyam sume yg pergi belajar oversea tak blk2 pun malaysia mse cuti. terus duduk sne straight 5/6/7 tahun. hang ni blk every raya, duduk Ireland, bersyukur la ye? heee. 

p/p/s: sedang cuba menghabiskan buku Ilmu Makrifat peninggalan Tok Kenali sungguh sangat membuka mata hati utk mengenal Allah. sementara menyelesaikan hal2 utk pulang belajar ke ireland. 

No comments:

Post a Comment